Semurni Hati...

Semurni Hati...

Tuesday, March 27, 2012

Perancangan kita...

Perancangan...

Hidup memerlukan perancangan... plan.. dan yang sewaktu dengannya.. Namun apakah perancangan yang kita buat itu benar-benar bagus atau yang terbaik.. Ada sesetengah orang yang merasakan perancangan dan strategi yang dibuat adalah yang terbaik.. sehingga mereka beroleh hasil yang sangat berjaya dan memberansangkan.. Namun ada sesetengah lagi merasakan mereka tidak pandai merancang atau menyusun strategi.. kerana semua perancangan yang dibuat menemui jalan kegagalan... Habis bagaimana harus dilakukan? ramai yang mungkin putus asa.. atau ada yang bangkit semula merancang strategi baru.. tepuk dada tanyalah selera...

Kita tidak digalakkan untuk putus asa.. Kita harus terus berusaha hingga mencapai kejayaan yang dihajati.. Allah menyuruh kita berusaha dan berusaha.. tanpa kenal erti putus asa.. buangkan perkataan itu dari kamus hidup kita.. Allah juga telah berjanji bahawa Dia akan memberi kepada mereka yang berusaha.. Namun pada usaha kita yang ke berapa kali baru Allah akan makbul kan? Kita tahu? jawapannya adalah tidak... maka jika kita tidak tahu.. kita perlu terus berusaha dan berfikir bahawa selepas usaha ini Allah akan makbulkan. Setiap kali kita berusaha kita perlu berfikiran sebegitu.. untuk mengelakkan dari putus asa.

Allah Maha berkuasa.. Maha segalanya.. mengetahui apa yang tidak diketahui oleh kita.. maka seharusnya kita perlu berserah dan bersandar kepadanya sepenuh hati kita... Untuk memberikan sesuatu yang dipinta hambanya.. Allah memberi ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana kita hambanya.. ikhlas dan tawaduk terhadapNya.. mengagungkan dan mengesakan
Nya dengan sebenar-benar. Kita juga harus bertanya kepada diri kita.. adakah kita layak untuk mendapatkan sesuatu dariNya.. jika kita sendiri sering ingkar dengan perintahNya...

Jika kita letakkan diri kita dalam situasi.. seseorang meminta barang atau pertolongan dari kita... tetapi orang tersebut tidak menyukai kita dan sering tidak mengendahkan apa yang kita cakap... maka kita mahu atau tidak memenuhi permintaan orang tersebut... tentunya ramai yang menjawab tidak... Tapi betapa besar dan maha penyayangnya Allah taala.. Dia masih memberi kepada kita nikmat kehidupan dan masih lagi bernafas di atas bumiNya ini.. walau kita jarang menunaikan perintahNya.. mengabaikan suruhanNya.. dan seringkali melakukan laranganNya. Marilah kita renungkan kembali.... jauh di dalam diri kita.. siapa kita sebenarnya...

SIAPA KITA DI SISI IBU DAN AYAH...

SIAPA KITA DI ATAS MUKA BUMI...
DAN...
SIAPA KITA DI SISI ALLAH AZAWAJALLA...


Selamat Beramal...



"Tuhanku... Aku tidak layak untuk syurga Mu Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka MU Dari itu kurniakan lah keampunan kepada ku ampunkanlah dosa ku Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..."

No comments: