Semurni Hati...

Semurni Hati...

Tuesday, March 27, 2012

My little children...


Camilia....


Lama dah mama tak mencoret tentang anak2 mama.. Dulu mama selalu gak citer pasal camilia kat sini... ok la ari ni cam rasa nak citer lak...

Skang ni Camilia dah jadi kak long.. dah ada dua adik2 boy yang sangat naughty.. kadang camilia pun kalah dengan perangai diorang.. Camilia mama tahun ni dah masuk 6 tahun.. maknanya dah besar kan..? Camilia dah masuk sekolah pra.. dalam kawasan sekolah rendah.. camilia pun jadi semangat nak pegi sekolah ari2.. mama suka sangat.. Camilia mesti rajin belajar jangan malas.. rajin solat dan rajin mengaji.. itu bekalan kita untuk akhirat.. yang lain tu semua harta dunia.. cuma mungkin sekarang camilia tak faham semua tu... Memang mama selalu marah camilia berbanding adik2.. kenapa? camilia jangan rasa yang mama marah tu mama tak sayang camilia.. sekarang camilia dah besar dan dah faham apa yang mama dan papa cakap.. adik2 tu dia orang tak faham lagi... dia cuma akan ikut sahaja apa yang camilia buat.. sebab tu mama selalu marah camilia.. mama nak camilia cuba fikir dan tunjukkan behavior yang baik pada adik2.. jadi kakak yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri. Mama sangat sayangkan camilia.. sebab camilia lah permata pertama yang mama ada...

Adik Camilia yang no. 2.. or abang ngah.. namanya Mukhriz.. selalu kalau gi mana2 dia akan jadi tumpuan.. sebab orang kata dia cute.. tapi perangai dia mang boleh tahan la.. mulut tak banyak sangat macam adik.. tapi ada je projek2 dia.. Nampak macam hero tapi kata orang kampung mukhriz ni 'cengeng'.. hehehe apa cengeng tu.. skit skit nak nangis.. kadang tak sakit pun nangis.. and kuat ngadu... itu la perangai buruk yang mukhriz ada.. tapi mama tetap sayang mukhriz dan selalu berdoa moga mukhriz akan jadi anak yang soleh dan muslim sejati. Muhkriz pun dah sekolah.. saja mama hantar mukhriz sekolah PASTI masa umur 4 tahun.. walau mama tahu kalau mukhriz balik sekolah dan mama tanya apa yang mukhriz belajar kat sekolah... mukhriz tak boleh nak jawab.. at least dari hari ke hari ada sikit improvement yang mama nampak.. tak pe.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit... mukhriz bolehkan.. esok boleh jadi pandai macam kak long...


Adik Camilia yang no. 3.. namanya Fahri... hehehe bila dengar nama fahri semua orang kata ni mesti mama dia terpengaruh dengan movie ayat-ayat cinta.. yesss.. memang betul.. mama suka dengan nama tu... Fahri tak jauh beza umur dengan abang ngah.. 11 bulan je.. and fahri punya perangai.. dia akan ikut semua yang kak long dan abang ngah buat dan cakap... tu la yang mama takut tu... fahri manja mama.. and mudah sensitif kalau papa marah dia... fahri banyak cakap.. walau kadang mama tak tahu apa yang fahri cakap... alhamdulillah skang fahri dah cakap betul... cuma pelat skit2 je... kalau mama marah dia.. dia akan ulang balik apa mama cakap.. then mama tak jadi nak marah... mama pun sayang fahri sangat... sama macam camilia dan mukhriz..


Mama tak de harta lain dalam dunia ni.. cuma ada anak2 mama je... yang mama harapkan supaya anak2 mama ni.. beroleh kejayaan dunia dan akhirat... mama sentiasa doakan.. mama memang cuba untuk bagi yang paling terbaik untuk anak2 mama.. tapi mama tak mampu buat masa ni.. tapi mama akan cuba pasti kan yang anak2 mama akan sentiasa dibekalkan dengan ilmu.. yang paling penting ilmu agama dan akhirat... Mama sayang anak2 mama melebihi nyawa mama.. i love you all.. you my everything....

Perancangan kita...

Perancangan...

Hidup memerlukan perancangan... plan.. dan yang sewaktu dengannya.. Namun apakah perancangan yang kita buat itu benar-benar bagus atau yang terbaik.. Ada sesetengah orang yang merasakan perancangan dan strategi yang dibuat adalah yang terbaik.. sehingga mereka beroleh hasil yang sangat berjaya dan memberansangkan.. Namun ada sesetengah lagi merasakan mereka tidak pandai merancang atau menyusun strategi.. kerana semua perancangan yang dibuat menemui jalan kegagalan... Habis bagaimana harus dilakukan? ramai yang mungkin putus asa.. atau ada yang bangkit semula merancang strategi baru.. tepuk dada tanyalah selera...

Kita tidak digalakkan untuk putus asa.. Kita harus terus berusaha hingga mencapai kejayaan yang dihajati.. Allah menyuruh kita berusaha dan berusaha.. tanpa kenal erti putus asa.. buangkan perkataan itu dari kamus hidup kita.. Allah juga telah berjanji bahawa Dia akan memberi kepada mereka yang berusaha.. Namun pada usaha kita yang ke berapa kali baru Allah akan makbul kan? Kita tahu? jawapannya adalah tidak... maka jika kita tidak tahu.. kita perlu terus berusaha dan berfikir bahawa selepas usaha ini Allah akan makbulkan. Setiap kali kita berusaha kita perlu berfikiran sebegitu.. untuk mengelakkan dari putus asa.

Allah Maha berkuasa.. Maha segalanya.. mengetahui apa yang tidak diketahui oleh kita.. maka seharusnya kita perlu berserah dan bersandar kepadanya sepenuh hati kita... Untuk memberikan sesuatu yang dipinta hambanya.. Allah memberi ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana kita hambanya.. ikhlas dan tawaduk terhadapNya.. mengagungkan dan mengesakan
Nya dengan sebenar-benar. Kita juga harus bertanya kepada diri kita.. adakah kita layak untuk mendapatkan sesuatu dariNya.. jika kita sendiri sering ingkar dengan perintahNya...

Jika kita letakkan diri kita dalam situasi.. seseorang meminta barang atau pertolongan dari kita... tetapi orang tersebut tidak menyukai kita dan sering tidak mengendahkan apa yang kita cakap... maka kita mahu atau tidak memenuhi permintaan orang tersebut... tentunya ramai yang menjawab tidak... Tapi betapa besar dan maha penyayangnya Allah taala.. Dia masih memberi kepada kita nikmat kehidupan dan masih lagi bernafas di atas bumiNya ini.. walau kita jarang menunaikan perintahNya.. mengabaikan suruhanNya.. dan seringkali melakukan laranganNya. Marilah kita renungkan kembali.... jauh di dalam diri kita.. siapa kita sebenarnya...

SIAPA KITA DI SISI IBU DAN AYAH...

SIAPA KITA DI ATAS MUKA BUMI...
DAN...
SIAPA KITA DI SISI ALLAH AZAWAJALLA...


Selamat Beramal...



"Tuhanku... Aku tidak layak untuk syurga Mu Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka MU Dari itu kurniakan lah keampunan kepada ku ampunkanlah dosa ku Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..."