
Hari ni tetiba terbaca satu artikel di akhbar... rasa nak marah pun ada... rasa geram pun ada... tapi ye la kan cuma mata yang melihat tak sama dengan bahu yang memikul... tapi apa pun nak jugak luahkan rasa geram dan marah tu..
Artikel hari ni yang aku baca tu rasanya bersambung dari yang semalam.. yang semalam aku tak baca.. kisah seorang tua warga emas yang tinggal dalam pondok usang.. Anak-anak tak nak jaga sebab si ayah ni ada masalah nyanyuk... apsal la seorang anak boleh buat cam tu kat ibu bapa dia... sampai hati betul... siapa pun ayah tu... teruk mana pun ayah tu, kita kena jaga kena hormat.. sebagai mana dia menjaga kita dari kecil sampai besar.. sampai kita dah beranak pinak.. kenapa anak dia yang lelaki tu nak kena dengar cakap bini... eeee geram gak memikirkan nya...

Memang orang kata jaga budak lagi senang dari jaga orang tua... tapi mungkin tak semua.. ada jugak budak yang susah di jaga dan ada jugak orang tua yang senang dijaga... Marah tu mang marah pada si anak tu tadi.. tapi cuba kita menyelami ke kedua-dua belah pihak...
1. Semua orang kena patut dan taat pada perintah Allah dan RasulNya...
2. Sebagai seorang anak lagi2 lelaki.. syurga di bawah tapak kaki ibu... (kira ayah pun sama la) sebab lelaki kena patuh pada ibu dan bapa.
3. Seorang isteri kena patuh cakap suami (selagi tidak yang mungkar dan maksiat) syurga di bawah tapak kaki suami.. kiranya suami dulu baru ibu bapa.
4. So dalam kes ni.. memang wajib si anak menjaga ibu bapanya tak kira apa kondisi pun.. sebab ibu dan bapa kita susah mana pun.. hidup mereka, ada masalah kewangan or apa sahaja.. dia tak kan buang anak dia.. paling tidak kalau terlalu susah sangat pun dia bagi kat orang.. maknanya dia pastikan juga agar anak dia selamat dan selesa, (itu ibu bapa yang normal dan tak gila la).
5. Sebagai anak kita kena balas jasa ibu bapa.. dan menjadi tanggungjawab kita (wajib.. tak buat berdosa) kena jaga ibu bapa sebagai mana tanggungjawab ibu bapa menjaga anaknya semasa kecil hingga dewasa.
6. Isteri ... tidak timbul soalan atau perkara isteri tak suka atau tidak menerima mertua yang uzur atau nyanyuk atau sihat sekali pun. Sebab dalam Islam.. dia tak de sebut sebenarnya pasal membezakan ibu bapa kita dan ibu bapa mertua.. Hukum dalam perkahwinan, jika berlaku sahaja akad dan nikah maka mertua telah menjadi ibu dan bapa kita.. kerana hubungan itu menjadi mahram selamanya walau kita telah berpisah atau bercerai dengan suami atau isteri... hubungan denga mertua tak kan putus sampai bila2.. dan tanggungjawab terhadap mertua sama macam tanggungjawab kita pada ibu dan bapa kita.
7. Susah untuk menjaga orang tua nyanyuk.. tak dengar cakap... sama je macam dia jaga kita masa kecik... ibu dan bapa kena repeat nasihat can peringat kita berulang2 kali.. kadang sehari boleh jadi lebih dari 10 kali ibu bapa cakap benda yang sama.. tapi kita still lupa.. walau ibu bapa kita mengingatkan kan masa kecil dengan cara mungkin marah atau rotan.. tapi kita sama sekali tak boleh buat macam tu.. sebab kita kena ingat siapa dia dengan kita... apa taraf kita dengan dia...
8. Menjaga orang tua.. terutama yang dah nyanyuk atau pelupa atau sakit... kena dengan penuh kesabaran dan kelembutan.. even jenazah pun kita kena perlakukan dengan lembut dan perlahan.. apatah lagi orang hidup...
9. Kena bayangkan jika kita berada di tempat dia suatu hari nanti... mungkinkah anak2 kita akan perlakukan benda yang sama.. sebab Allah dalam perihal ibu bapa ni.. selalunya dia bayar cash the punishment... atas dunia lagi dah kena.. contoh cerita si tanggang ada kebenarannya... atau.. anak kita sok buat kat kita plak.. itu balasan Allah la tu...
10. Sebenarnya jika kita mempunyai ibu bapa sebegitu... ia adalah ujian dari Allah untuk kita... Allah nak tengok kita.. macam mana kita handle masalah dan perkara tu... boleh tak kita menerima ujian tu... Kita kena ingat.. Allah sangat mementingkan perihal ibu dan bapa.. sampai disebut dalam Quran.. nak kata oh! pun tak boleh pada mereka... bayangkan la.. betapa tingginya darjat ibu dan bapa.. kedudukannya dalam carta adalah selepas Allah dan Rasulullah...

Banyak lagi rasanya nak cakap pasal hal ni... tapi kesuntukan masa.. nanti la ada masa kita sambung lagi.. sebab mungkin ramai anak2 di luar sana yang tidak mengetahui tentang ilmu-ilmu ini... tuntut lah ilmu supaya kita tidak melakukan kesalahan....




