Semurni Hati...

Semurni Hati...

Monday, June 4, 2012


Michael Learns To Rock - Out Of The Blue

I was almost about to lose my faith was still dreaming
feared is was too late
But then you came along to my surprise
And stole my heart before my very eyes

[Chorus]

You took me right out of the blue
Simply by showing that you love me too
Only by giving me your everything
With a love so true you
Took me out of the blue

I was wondering what love was all about

I was trying  couldn't work it out
But then you came along to my surprise
And made my frozen mind come alive

[Chorus]


You let me out of the darkness

You brought me out in the sun
I think you must be the only one for me
Cause you took me

Right out of the blue

Simply by showing that you love me too
Only by giving me your everything
Breathing air below my wings
You took me right out of the night
Simply by filling my heart with light
Only by giving me your energy
With a love so true you took me out of the blu
e

Tuesday, March 27, 2012

My little children...


Camilia....


Lama dah mama tak mencoret tentang anak2 mama.. Dulu mama selalu gak citer pasal camilia kat sini... ok la ari ni cam rasa nak citer lak...

Skang ni Camilia dah jadi kak long.. dah ada dua adik2 boy yang sangat naughty.. kadang camilia pun kalah dengan perangai diorang.. Camilia mama tahun ni dah masuk 6 tahun.. maknanya dah besar kan..? Camilia dah masuk sekolah pra.. dalam kawasan sekolah rendah.. camilia pun jadi semangat nak pegi sekolah ari2.. mama suka sangat.. Camilia mesti rajin belajar jangan malas.. rajin solat dan rajin mengaji.. itu bekalan kita untuk akhirat.. yang lain tu semua harta dunia.. cuma mungkin sekarang camilia tak faham semua tu... Memang mama selalu marah camilia berbanding adik2.. kenapa? camilia jangan rasa yang mama marah tu mama tak sayang camilia.. sekarang camilia dah besar dan dah faham apa yang mama dan papa cakap.. adik2 tu dia orang tak faham lagi... dia cuma akan ikut sahaja apa yang camilia buat.. sebab tu mama selalu marah camilia.. mama nak camilia cuba fikir dan tunjukkan behavior yang baik pada adik2.. jadi kakak yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri. Mama sangat sayangkan camilia.. sebab camilia lah permata pertama yang mama ada...

Adik Camilia yang no. 2.. or abang ngah.. namanya Mukhriz.. selalu kalau gi mana2 dia akan jadi tumpuan.. sebab orang kata dia cute.. tapi perangai dia mang boleh tahan la.. mulut tak banyak sangat macam adik.. tapi ada je projek2 dia.. Nampak macam hero tapi kata orang kampung mukhriz ni 'cengeng'.. hehehe apa cengeng tu.. skit skit nak nangis.. kadang tak sakit pun nangis.. and kuat ngadu... itu la perangai buruk yang mukhriz ada.. tapi mama tetap sayang mukhriz dan selalu berdoa moga mukhriz akan jadi anak yang soleh dan muslim sejati. Muhkriz pun dah sekolah.. saja mama hantar mukhriz sekolah PASTI masa umur 4 tahun.. walau mama tahu kalau mukhriz balik sekolah dan mama tanya apa yang mukhriz belajar kat sekolah... mukhriz tak boleh nak jawab.. at least dari hari ke hari ada sikit improvement yang mama nampak.. tak pe.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit... mukhriz bolehkan.. esok boleh jadi pandai macam kak long...


Adik Camilia yang no. 3.. namanya Fahri... hehehe bila dengar nama fahri semua orang kata ni mesti mama dia terpengaruh dengan movie ayat-ayat cinta.. yesss.. memang betul.. mama suka dengan nama tu... Fahri tak jauh beza umur dengan abang ngah.. 11 bulan je.. and fahri punya perangai.. dia akan ikut semua yang kak long dan abang ngah buat dan cakap... tu la yang mama takut tu... fahri manja mama.. and mudah sensitif kalau papa marah dia... fahri banyak cakap.. walau kadang mama tak tahu apa yang fahri cakap... alhamdulillah skang fahri dah cakap betul... cuma pelat skit2 je... kalau mama marah dia.. dia akan ulang balik apa mama cakap.. then mama tak jadi nak marah... mama pun sayang fahri sangat... sama macam camilia dan mukhriz..


Mama tak de harta lain dalam dunia ni.. cuma ada anak2 mama je... yang mama harapkan supaya anak2 mama ni.. beroleh kejayaan dunia dan akhirat... mama sentiasa doakan.. mama memang cuba untuk bagi yang paling terbaik untuk anak2 mama.. tapi mama tak mampu buat masa ni.. tapi mama akan cuba pasti kan yang anak2 mama akan sentiasa dibekalkan dengan ilmu.. yang paling penting ilmu agama dan akhirat... Mama sayang anak2 mama melebihi nyawa mama.. i love you all.. you my everything....

Perancangan kita...

Perancangan...

Hidup memerlukan perancangan... plan.. dan yang sewaktu dengannya.. Namun apakah perancangan yang kita buat itu benar-benar bagus atau yang terbaik.. Ada sesetengah orang yang merasakan perancangan dan strategi yang dibuat adalah yang terbaik.. sehingga mereka beroleh hasil yang sangat berjaya dan memberansangkan.. Namun ada sesetengah lagi merasakan mereka tidak pandai merancang atau menyusun strategi.. kerana semua perancangan yang dibuat menemui jalan kegagalan... Habis bagaimana harus dilakukan? ramai yang mungkin putus asa.. atau ada yang bangkit semula merancang strategi baru.. tepuk dada tanyalah selera...

Kita tidak digalakkan untuk putus asa.. Kita harus terus berusaha hingga mencapai kejayaan yang dihajati.. Allah menyuruh kita berusaha dan berusaha.. tanpa kenal erti putus asa.. buangkan perkataan itu dari kamus hidup kita.. Allah juga telah berjanji bahawa Dia akan memberi kepada mereka yang berusaha.. Namun pada usaha kita yang ke berapa kali baru Allah akan makbul kan? Kita tahu? jawapannya adalah tidak... maka jika kita tidak tahu.. kita perlu terus berusaha dan berfikir bahawa selepas usaha ini Allah akan makbulkan. Setiap kali kita berusaha kita perlu berfikiran sebegitu.. untuk mengelakkan dari putus asa.

Allah Maha berkuasa.. Maha segalanya.. mengetahui apa yang tidak diketahui oleh kita.. maka seharusnya kita perlu berserah dan bersandar kepadanya sepenuh hati kita... Untuk memberikan sesuatu yang dipinta hambanya.. Allah memberi ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana kita hambanya.. ikhlas dan tawaduk terhadapNya.. mengagungkan dan mengesakan
Nya dengan sebenar-benar. Kita juga harus bertanya kepada diri kita.. adakah kita layak untuk mendapatkan sesuatu dariNya.. jika kita sendiri sering ingkar dengan perintahNya...

Jika kita letakkan diri kita dalam situasi.. seseorang meminta barang atau pertolongan dari kita... tetapi orang tersebut tidak menyukai kita dan sering tidak mengendahkan apa yang kita cakap... maka kita mahu atau tidak memenuhi permintaan orang tersebut... tentunya ramai yang menjawab tidak... Tapi betapa besar dan maha penyayangnya Allah taala.. Dia masih memberi kepada kita nikmat kehidupan dan masih lagi bernafas di atas bumiNya ini.. walau kita jarang menunaikan perintahNya.. mengabaikan suruhanNya.. dan seringkali melakukan laranganNya. Marilah kita renungkan kembali.... jauh di dalam diri kita.. siapa kita sebenarnya...

SIAPA KITA DI SISI IBU DAN AYAH...

SIAPA KITA DI ATAS MUKA BUMI...
DAN...
SIAPA KITA DI SISI ALLAH AZAWAJALLA...


Selamat Beramal...



"Tuhanku... Aku tidak layak untuk syurga Mu Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa neraka MU Dari itu kurniakan lah keampunan kepada ku ampunkanlah dosa ku Sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar..."

Friday, February 24, 2012

Oh Ibu dan Bapa


Hari ni tetiba terbaca satu artikel di akhbar... rasa nak marah pun ada... rasa geram pun ada... tapi ye la kan cuma mata yang melihat tak sama dengan bahu yang memikul... tapi apa pun nak jugak luahkan rasa geram dan marah tu..

Artikel hari ni yang aku baca tu rasanya bersambung dari yang semalam.. yang semalam aku tak baca.. kisah seorang tua warga emas yang tinggal dalam pondok usang.. Anak-anak tak nak jaga sebab si ayah ni ada masalah nyanyuk... apsal la seorang anak boleh buat cam tu kat ibu bapa dia... sampai hati betul... siapa pun ayah tu... teruk mana pun ayah tu, kita kena jaga kena hormat.. sebagai mana dia menjaga kita dari kecil sampai besar.. sampai kita dah beranak pinak.. kenapa anak dia yang lelaki tu nak kena dengar cakap bini... eeee geram gak memikirkan nya...

Memang orang kata jaga budak lagi senang dari jaga orang tua... tapi mungkin tak semua.. ada jugak budak yang susah di jaga dan ada jugak orang tua yang senang dijaga... Marah tu mang marah pada si anak tu tadi.. tapi cuba kita menyelami ke kedua-dua belah pihak...

1. Semua orang kena patut dan taat pada perintah Allah dan RasulNya...
2. Sebagai seorang anak lagi2 lelaki.. syurga di bawah tapak kaki ibu... (kira ayah pun sama la) sebab lelaki kena patuh pada ibu dan bapa.
3. Seorang isteri kena patuh cakap suami (selagi tidak yang mungkar dan maksiat) syurga di bawah tapak kaki suami.. kiranya suami dulu baru ibu bapa.
4. So dalam kes ni.. memang wajib si anak menjaga ibu bapanya tak kira apa kondisi pun.. sebab ibu dan bapa kita susah mana pun.. hidup mereka, ada masalah kewangan or apa sahaja.. dia tak kan buang anak dia.. paling tidak kalau terlalu susah sangat pun dia bagi kat orang.. maknanya dia pastikan juga agar anak dia selamat dan selesa, (itu ibu bapa yang normal dan tak gila la).
5. Sebagai anak kita kena balas jasa ibu bapa.. dan menjadi tanggungjawab kita (wajib.. tak buat berdosa) kena jaga ibu bapa sebagai mana tanggungjawab ibu bapa menjaga anaknya semasa kecil hingga dewasa.
6. Isteri ... tidak timbul soalan atau perkara isteri tak suka atau tidak menerima mertua yang uzur atau nyanyuk atau sihat sekali pun. Sebab dalam Islam.. dia tak de sebut sebenarnya pasal membezakan ibu bapa kita dan ibu bapa mertua.. Hukum dalam perkahwinan, jika berlaku sahaja akad dan nikah maka mertua telah menjadi ibu dan bapa kita.. kerana hubungan itu menjadi mahram selamanya walau kita telah berpisah atau bercerai dengan suami atau isteri... hubungan denga mertua tak kan putus sampai bila2.. dan tanggungjawab terhadap mertua sama macam tanggungjawab kita pada ibu dan bapa kita.
7. Susah untuk menjaga orang tua nyanyuk.. tak dengar cakap... sama je macam dia jaga kita masa kecik... ibu dan bapa kena repeat nasihat can peringat kita berulang2 kali.. kadang sehari boleh jadi lebih dari 10 kali ibu bapa cakap benda yang sama.. tapi kita still lupa.. walau ibu bapa kita mengingatkan kan masa kecil dengan cara mungkin marah atau rotan.. tapi kita sama sekali tak boleh buat macam tu.. sebab kita kena ingat siapa dia dengan kita... apa taraf kita dengan dia...
8. Menjaga orang tua.. terutama yang dah nyanyuk atau pelupa atau sakit... kena dengan penuh kesabaran dan kelembutan.. even jenazah pun kita kena perlakukan dengan lembut dan perlahan.. apatah lagi orang hidup...
9. Kena bayangkan jika kita berada di tempat dia suatu hari nanti... mungkinkah anak2 kita akan perlakukan benda yang sama.. sebab Allah dalam perihal ibu bapa ni.. selalunya dia bayar cash the punishment... atas dunia lagi dah kena.. contoh cerita si tanggang ada kebenarannya... atau.. anak kita sok buat kat kita plak.. itu balasan Allah la tu...
10. Sebenarnya jika kita mempunyai ibu bapa sebegitu... ia adalah ujian dari Allah untuk kita... Allah nak tengok kita.. macam mana kita handle masalah dan perkara tu... boleh tak kita menerima ujian tu... Kita kena ingat.. Allah sangat mementingkan perihal ibu dan bapa.. sampai disebut dalam Quran.. nak kata oh! pun tak boleh pada mereka... bayangkan la.. betapa tingginya darjat ibu dan bapa.. kedudukannya dalam carta adalah selepas Allah dan Rasulullah...



Banyak lagi rasanya nak cakap pasal hal ni... tapi kesuntukan masa.. nanti la ada masa kita sambung lagi.. sebab mungkin ramai anak2 di luar sana yang tidak mengetahui tentang ilmu-ilmu ini... tuntut lah ilmu supaya kita tidak melakukan kesalahan....

Wednesday, February 22, 2012

Korea... korea.. korea...



Entah kenapa hari ni.. asik melayari website yang ada makanan korea.. sebab selalu watched korean drama rasa cam nak try je makanan dia orang... bila tengok2 resepi tu.. rasa cam senang je nak buat.. bahan pun tak de la susah mana.. cuma kat mana nak cari bahan tu..? yang rasa cam nak makan sangat dia punya rice cake tu.. atau apa nama makanan tu.. dekbokki ke entah la tapi lebih kurang cam tu la...

Kimchi... itu yang paling popular kira cam makanan asasi dia orang la... kobis jeruk je.. sedap ke tak entah la.. bila tengok website, ramai dah orang Malaysia yang try buat.. maka bole la makan.. yang kat supermarket tu ada gak yang dah siap tapi.. please baca tu bahan dia.. takut kang tak halal pulak... Kalau jeruk maybe la rasa memasam skit kan.. merah tu mungkin cam pedas skit... sebab dia letak cili paste.. may be one day i'll try it... cara buat cam senang je...

Shushi... nampak cam makanan jepun.. tapi korean pun makan.. ala dia orang tu pun kan cam adik beradik je... tak de lari jauh sangat pun... dan ini yang aku paling suka, sebab aku suka makan shushi.. macam-macam nama yang ak
u jumpa dalam internet.. tapi rupa semua sama cam shushi.. so aku kira shushi je la... tapi yang paling popular shushi ni makanan jepun la... makizhushi la.. macam-macam la... bagi aku yang tak penah pegi korea or japan ni.. mang masih banyak benda la yang tak tahu berbanding orang yang penah pegi or duduk sana... Bila tengok cara nak buat shushi tu macam senang giler.. rasa cam balik ni nak buat je.. caiyo..caiyo.. you can do it... but a simple one la... try yang senang dulu.. then dah agak2 ok baru la try yang lain kan...


Satu lagi yang aku cam rasa nak try adalah jjajangmyun... apa tu? heheheheh.. jjajangmyun ni adalah mee yang bersoskan black bean... apa la rasanya kan... cam manis skit la kot kan.. bila baca resepi asal jjajangmyun ni.. dia guna bahan tak halal (pork & wine). So kalau nak try jugak maybe kita kena ubah resepi ni guna bahan halal.. supaya boleh di makan...


Kenapa aku bercerita pasal makanan korea ni.. sedap sangat ke berbanding makanan tradisional kita.. rasanya masakan kita lagi best and menarik... bukan sebab tu.. rasanya mungkin faktor-faktor berikut... 1. selalu sangat tengok drama korea... 2. cara orang korea makan...
Kalau ada peluang dan rezeki lebih... setelah aku menjejakkan kaki ke baitullah... dan dah menunaikan rukun yang kelima... mungkin teringin nak g korea or japan... Insya Allah....

Tuesday, February 21, 2012

My February..



Februari... ramai yang suka dengan bulan ini.. kenapa yek? entah lah... tapi masuk je bulan feb 2012 ni maka genap la sudah setahun aku bermukim di sini.. adakah aku akan terus menetap dan bermukim di sini atau nasib dan rezeki membawa ku jauh dari sini... Hanya Dia yang Maha Berkuasa yang akan menentukan segala perjalanannya... Usaha dan terus usaha untuk lebih berjaya.. namun kita haruslah pasrah dan tawakal dengan ketentuan qadarNya...

Apa cerita dengan kisah perjalanan pendidikan ku..? sudah senyap je sekarang... akan pupus di jalanan atau akan berterusan ke akhirnya.. Ya Allah bantulah aku untuk meneruskannya.. Namun Kau Maha Mengetahui segalanya. Aku ingin mengubah qada mu Ya Allah... namun cukupkah usaha ku ini? mampu kah aku untuk mengubahnya..? siapa mampu menjawabnya..? hanya Dia... jangan mudah putus asa.. hidup perlu diteruskan.. terus dan terus hingga sampai masa yang ditentukan kita sudah tidak lagi diperlukan di dunia ini.. hingga sampai waktunya tamat sudah kontrak kita untuk hidup di atas bumi Allah ini.


Mengingati itu... bergetar rasa hati.. kerdil sungguh aku ini... jahil sungguh lagi tentang ilmu-ilmu Mu Ya Allah... jauh benar lagi untuk cukup amal ibadat... Moga jalan yang sedang ku lalui ini.. adalah jalan yang benar menuju Mu Tuhan ku... Redha Mu.. Izin Mu... Berkat Mu... sangat ku perlukan... aku ingin mengunjungi rumah Mu... bilakah waktunya kau ingin menjemput ku ...
Hari ni.. hati tidak berada dalam kondisi yang agak baik.. itu lah sebabnya jiwa bercelaru.. masih banyak dalam hati dan jiwa berkehendakan duniawi... Ya Allah berikan lah ketenangan pada hati ku.. moga aku benar2 ikhlas dalam sujud ku....

Putera dan Puteri ku... mama sangat menyayangi kalian... tidak ada sesaat pun yang mama tidak mengingati kalian.. kalian lah permata mama.. kalian lah hidup mama...