Salam Ramadan...
Dah masuk hari ke-12 kita menjalani ibadah puasa di bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan... Bulan yang penuh keberkatan.. kerahmatan.. dan gandaan yang paling banyak yang Allah s.w.t. akan bagi pada setiap ibadah yang dilakukan.... ramai yang mengejar untuk mendapatkan pahala yang berganda-ganda, kerana ramadan hanya datang sekali dalam setahun... nak tunggu ramadan akan datang.. adakah kita sempat untuk berjumpa dengannya..? Cuma berjumlah 30 hari.. untuk kita menambahkan bekalan dan persiapan kita di SANA kelak... untuk membina mahligai dan istana di syurga... Ya Allah... berikan lah hamba mu ini kesempatan.. kesihatan dan kekuatan dalam mengumpul harta untuk di bawa ke SANA...
Namun masih ramai juga yang tidak mengendahkan kelebihan dan kemuliaan bulan yang penuh kerahmatan ini... mereka masih sama seperti tahun-tahun yang lalu.. masih sibuk mengumpul harta dunia.. masih tidak nampak dan tidak melihat kelebihan yang Allah s.w.t beri di dalam bulan ini... Sayang seribu kali sayang.. bagaimana harus disampaikan kepada mereka.. agar mereka juga berlumba-lumba mengejar rahmat Allah ini... peringatan ini adalah untuk diriku.. agar aku juga berlumba2 dalam mengejar dan mengumpul ganjaran mu Ya Allah....
Bila masuk bulan ramadan... terkenang mak... semoga tenang dan damai di sana... Ya Allah kau ampunkan lah dosa ibuku... lepaskan lah dia dari siksa kubur.. dan tempatkan lah dia di kalangan orang yang beriman di dalam syurga mu...
Ramai yang telah dan sedang sibuk membuat persiapan menyambut lebaran... aku belum buat apa2.. baju anak2 belum beli.. bila tengok orang sibuk membuat persiapan.. terasa takut dan sedih kerana akhir ramadan semakin hampir... namun manisnya ramadan terletak pada sepuluh malam terakhir... moga aku diberi kesempatan untuk bertemu dengan lailatul qadar...
Ampunkan dosaku Ya Allah... Rahmati aku.. berkati aku.... amin..
No comments:
Post a Comment