Semurni Hati...

Semurni Hati...

Tuesday, July 7, 2009


Sedar tak sedar... Camilia dah nak masuk 3 tahun bulan depan... dah semakin nakal.. dah pandai menjawab.. dah sibuk bertanya itu dan ini... mama masih belum sempat nak ajar Camilia mengaji.. Mama masih belum sempat nak ajar Camilia.. ABC... nanti Camilia akan ketinggalan... Lepas ni mama akan cuba untuk luang kan masa dengan Camilia.. dan ajar Camilia semuanya...


Riz dah masuk 9 bulan... jugak dah makin nakal... dah pandai merajuk kalau tak dapat apa yang dia nak.. dah pandai mengamuk... dah pandai tak duduk dalam walker.. adik.. september ni Riz dan Camilia akan dapat adik baru... dont know yet boy or girl... dah nak masuk 3 anak mama... mama doakan anak2 mama akan sentiasa dalam lindungan dan diberkati Allah... Mama sayang semua anak2 mama....


Camilia jangan nakal sangat... Riz cepat la pandai berjalan... tapi kadang-kadang mama fikir.. mama tak mahu anak2 mama besar. Biar la kecil macam ni.. comel... tapi itulah kejadian Allah... sampai masanya... akan semakin membesar... dan membesar... mama sentiasa berdoa semua anak2 mama akan menjadi anak2 yang diredhai Allah dan soleh serta solehah... taat pada perintah Allah dan taat pada mama dan papa.