Menung... Fikir.. sama tak? kadang sama kadang tak sama.. tapi keduanya ada perbezaan walau nampak macam sama...Mulut dan hati... adalah dua perkara yang saling berkait.. bila mulut berbunyi.. hati akan diam... bila mulut diam..hati akan berbunyi.. namun bunyi dan lagu hati.. tak siapa akan mendengar.. tak siapa akan tau... sebab tuh.. hati adalah.. pemegang rahsia yang baik... namun mulut tidak.. apa sahaja yang mulut tahu akan dihebahkan pada yang lain..kadang apa yang diluahkan mulut... tak sama apa yang ada dihati.. mulut sangat bahaya... sebab tu ada pepatah... "kerana pulut santan binasa.. kerana mulut badan binasa"
Hati... sangat rapuh dan mudah terluka.. kadang tanpa kita sedar.. apa dirasai hati akan terlukis di mata walau muluttidak menyatakan yang sebenar... kerana mata tidak akan menipu... hati yang terluka.. kadang senang diubati.. kadang sukar..kadang tanpa kita sedar kita melukakan hati... Bagaimana merawat hati yang terluka? tiada doktor dalam dunia... yangboleh menyembuhkan hati yang luka... biasanya... tuan empunya hati yang merawatnya.. selain masa dan suasana.. Namun.. kita harus tahu... bahawa.. kita tidak boleh terlalu mengikut hati.. kerana hati terlalu banyak penyakit berbahaya yang sukar diubati..
Ketabahan dan keimanan sahaja yang mampu mengawal hati dari dijangkiti penyakit berbahaya... mampukah kita memiliki ketabahan..mampukah kita mempertahankan keimanan... sukarnya mengawal hati.. kerana hati manusia.. berbeza.. bagaimana untuk merawat hatiyang sakit? hati.. oh.. hati.. reda lah mu dari sakit... bangun dan teruskan kehidupan dengan ketabahan dan keimanan...

