Pagi ni.. macam biasa naik komuter ke office... betul kata Aina Emir.. dalam novelnya.. seronok naik komuter ni bukannya apa.. seronok tengok gelagat orang.. macam-macam ada.. heheheh. Dalam komuter ni.. macam naik bas jugak... kalau nak bersembang tuh... kena la perlahan skit.. kalau tak satu koc tu dengar.. sebab tuh aku tak berapa suka nak sembang dalam komuter... biar la aku naik sorang... pagi tadi... ada dua orang sebelah aku sembang sesama sendiri.. so nak tak nak dah dok sebelah aku.. aku pun dengar la sumer citer dia... bukan nak busy body tapi dah orang tengah diam memang la sumer org dengar.. tapi yang aku perasan la... mojoriti org dalam tren ni kalau citer... mesti yang bagus2 and cam 'up' skit la style dia... kalau tak kang orang kata ishhh orang kampung tak up-to-date lak kan... hikhikhik tu yang aku kelakar tuh.. minggu lepas... aku naik tren.. ada makcik tuh.. stylo gak la.. cam org-org berada gitu..(nengok dari penampilan dia la) bawa anak2 naik komuter.. nak gi mana tak la aku tahu.. tapi yang aku geli ati tuh... dia bercakap di h/phone pasang speaker.. abis sumer org dalam komuter tu dengar perbualan dia... macam nak nunjuk lak.. hahahaha.. aku bukan nak ngata atau ngumpat.. tapi itu la realitinya... then satu lagi kes tuh... sampai kat stesen Kuang ada la satu awek ni naik... dia ni cun la gak.. dok depan aku.. bila sampai kat next stesen.. tetiba ada mamat blakang aku ni.. tegur.. "excuse me".. aku ingat dia tegur aku.. aku toleh skit je.. rupanya dia tegur awek depan aku tuh... heheheheh perasan lak aku.... ingatkan dia nak ngorat awek tu.. rupanya just nak tanya awek tu beli beg sandang pink tuh kat mana.. aku tengok awek tuh pun mulanya muka dia cam cuak gak.. tapi apabila si mamat ni explain tujuan dia tanya tu baru la awek tu.. jawab ikhlas... mamat tuh cakap dia pun nak beli beg sandang pink tuh untuk anak dia yang nak masuk skolah tahun depan ni... heheheh mesti anak dia nak yang kaler pink... heheheheh... macam-macam kan... itu tak kira lagi yang tido dalam tren.. especially waktu pagi... macam-macam style.. termasuk la aku... heheheheh... itu la kisahnya...
Sampai kat opis arini... lengang.. majoriti orang sumer cuti.. sampai tahun baru.. aku je yang tak cuti.. sebab cuti dah abis... cian aku.. bila orang tak de ni.. jadi buntu.. nak buat keje pun cam malas.. tu yang dok mencoret kat sini... apa-apa pun... Selamat Tahun Baru sumer...
Semurni Hati...
Tuesday, December 26, 2006
Happy Four Month
26 Disember 2006... ari ni genap Camilia ku berumur 4 bulan.. happy four month my darling baby.. setiap ari menanti dan menghitung apa benda baru yang Camilia ku boleh buat.. tak sabar rasanya.. kadang ku rasa kenapa la lambat sangat Camilia ku boleh itu dan ini.. tapi aku kena ingat setiap baby tu.. berlainan cara dan kebolehan masing-masing.. sampai masanya dia akan berlaku.. so kena la sabar...... sekarang ni... tak sabar nak tengok dia meniarap.. cepat la anak mama..
Tuesday, December 19, 2006
Lambaian Kaabah....

"Labaikallahumalabaik... labaikalaa syarikalakalabaik... innalhamda wannikmata..
lakawalmulk.. laasyarikalah. Bulan haji... telah tiba lagi... menunaikan ibadah...
panggilan baitullah... Tanah Suci Mekah.. ya Mukarromah..."
Seronok je dengar orang nak pegi haji... bila la giliran aku.. insya allah.. akan ku jejak juga kaki ku ke sana suatu hari nanti... bila ku kenang kembali... sayu hati ini mengenangkannya... Bonda... bonda tak dapat nak menunaikan satunya ibadah yang ini.. hajatnya tinggi menggunung ingin menjejakkan kaki ke sana... namun bonda pergi dulu.. sebelum sempat menyempurnakan hajatnya. Masih terbayang-bayang wajah bonda menyatakan hasrat hatinya... Bonda... nanti anakanda akan menyempurnakan ibadah itu bagi pihak bonda.. Tahun ni... Pok De dan Mok De pegi haji... esok hantar kat Kelana Jaya.
Ahad baru ni... ada tetamu datang ke rumah... jalan-jalan sambil nak tengok Camilia mama, pagi.. officemate lama.. Uncle Hairol dan isterinya Untie Salmah.. rupanya dia beli rumah berhampiran. Petang... Untie Shiem, Uncle Ap dan Uncle Din... Uncle Din datang bawa kereta barunya... cantik... Sonok gak ada orang datang... tak de la boring...
Malam tadi... Sofeya Afifi.. datang ngan ibu and papanya... tapi Camilia mama dah mengantuk... tak dapat nak main ngan kakak Sofeyanya... petang tu Camilia mama dah penat main... lepas lap badannya malam tadi... terus nak tido... sian dia... sayang anak mama...
Tetiba rasa rindu pada Bonda... terbayang saat derita bonda menanggung sakit.... saat permergian bonda... I miss u Bonda...
Hijjaz -Rindu
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan
Thursday, December 14, 2006
Camilia jatuh...
Semalam... seperti biasa balik naik tren komuter di Putra stesen... Bila sampai kat stesen masih lagi keadaan seperti hari2 sebelum... tren penuh.. malas nak berhimpit-himpit.. aku membiarkan dua tren... berlalu.. Sambil menunggu di stesen.. aku mengeluarkan novel yang ku baca dah hampir seminggu belum habis.. biasanya sehari dua je dah habis... mungkin sebab cerita ni agak memboringkan pada permulaannya.. Kau Laksana Bulan (Aina Emir).. cerita berkenaan Adriana seorang penulis novel yang sedang buat master di UM telah berkenalan dengan Firas di stesen komuter... so dah habis setengah dibaca baru cerita agak menarik... dan persamaannya dengan aku ialah... aku juga naik komuter dan sedang buat master... itu saja..
Sambil aku membaca.. tiba-tiba.. seseorang disebelah ku menegur.. "Novel tajuk apa ni?" Sambil dia membelek muka depan buku cerita yang ku pegang... Aku menunjukkan tajuknya... Dia bertanya lagi.."Selalu ke baca?"... mmmmm rupanya dia pun suka membaca novel.. Sama la dengan ku... cuma sejak aku mempunyai Camilia.. jarang dapat membaca.. sekali sekala sahaja... sewaktu Camilia dalam kandungan selalu jugak aku meminjam novel di Library.
Dan akhirnya aku berbual tentang novel dengan teman baru yang tak ku tahu namanya.. kami menaiki tren yang sama dan akhirnya dia turun di Sg. Buloh... banyak yang dibualkan... tentang diri, kerjaya.. anak-anak tapi terkilan tidak pula ku tanya namanya.. mungkin kalau dia terbaca... maafla yer...
Hari ini... sian Camilia ku... dia terjatuh dari tilam ke atas lantai... tapi bukan dari atas katil... mungkin sebab sekarang Camilia dah pandai memusingkan dan melonjakkan badannya... menangis kuat dia... tak pe la... moga Camilia tahan lasak... jangan manja sangat.. jadi insan yang kuat dan tabah.. dalam mengharungi.. realiti kehidupan...
Wednesday, December 13, 2006
KENANGAN TERINDAH
KENANGAN TERINDAH- Samson
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itupun aku mampu untuk mengenangmu
Darimu kutemukan hidupku
Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati
Wooo
Bila yang tertulis untukku
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Bila yang tertulis untukku
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
cAmiLiA....
The sweetest thing and moment in my life.. was brought you to the world...
cAmiLiA....
I'll turn you into the sweetest of memory as you are forever sculptured in my life... You're always sweetheart of mama and papa.... We love you very much..
Tuesday, December 12, 2006
Sibuk konvo...

Sejak seminggu kebelakangan ni.. sibuk benar menguruskan konvokesyen dan graduation night. Sampai tak cukup tidur... Ahad 10.12 berlangsungnya konvokesyen ke 12 di UIAM. mmmm memang penat, balik tuh terus tidur sampai pukul 4 pagi... nasib baik tengah 'bercuti'.. my Camilia diuruskan oleh papa dia... sian pulak dia.. thanks dear...
Hari ni baru masuk office, penat masih lagi bersisa.. tapi lega kerana ramai yang puas hati... post motherm untuk konvokesyen belum lagi... so tak tahu lagi feedback keseluruhan.. harapnya ok la... boleh la dapat cuti and elaun.
Tengok my students konvo ni... terharu lak.. ingat masa aku konvo dulu, dua kali... bonda ada masuk dalam dewan... tapi untuk konvo ku yang kali ni.. bonda tak de untuk raikannya bersama.. namun belum tahu lagi... bila konvonya... mungkin tahun depan.. insya allah.. sebut pasal konvo ni.. aduhhh sem depan kena masuk balik.. rasa dah seronok cuti satu semester duduk goyang kaki... sem depan kena la berperang semula... rasa macam dah tak sanggup dah.. nak berhenti rasa rugi lak... malu pun ada... moga aku akan terus tabah untuk menghabiskan MBA ni... amin...
Pening jugak memikirkan semester depan ni... terpaksa meninggalkan Camilia lebih lama dari biasa.. ada ke masa nak study.. nak berperang dengan Camilia lagi.. tapi kena hadapi jugak.. Ya Allah.. tabahkan hati hamba mu ini.. kuatkan iman dan semangat hamba mu ini... agar dapat mengahrungi semua ini dengan cemerlang dan berjaya... agar dapat mengubah segalanya... amin....
Wednesday, November 29, 2006
Anggerik rimba...

Balik keje semalam... rasa tak sedap badan... sejuk sangat.. mungkin nak selsema and demam... tapi pagi ni... gagahkan jugak pergi opis... nak ambil MC malas plak nak kena pegi klinik.. lagi pun tak teruk... jangan berjangkit dengan Camilia ku sudah.. tapi nampak dia ok je.. happy... dah dua malam dia bangun pukul 3.30... main sorang-sorang... bila ditegur.. senyum and ketawa.. ala comelnya anak mama.... secomel kuntuman anggerik di halaman ku....
mmmm bunga anggerik di taman ku sedang mengembang... cantik... damai hati melihatnya... moga ia terus berkembang sampai habis hayatnya... kata orang... anggerik bunga liar... kerana tumbuhnya di hutan dan di tempat tinggi... tapi anggerik bunga kesukaan ku... sekarang ni macam-macam corak bunganya.. walau anggerik susah dijaga... namun ia masih subur dalam taman ku... mmmmm... walau bukan aku yang jaga.. mungkin kalau aku anggerik tu tak sesubur sekaranng... semuanya hasil usaha papa Camilia ku.... thankss dear... you are the best... hasrat hati nak menambah koleksi anggerik.. tapi bukan dalam masa terdekat... nantilah... teringat satu iklan.... "buunga..... orkid laaa" nanti akan ku ajar Camilia ku... tak sabar rasanya...
Monday, November 27, 2006
Aqiqah...
Aqiqah sacrifice made on the seventh day of the birth of a Muslim child. On that day, the child's hair is shaved and he/she is given a name. The sacrifice is enjoined by Islamic law and is observed in the Muslim world as a sunnat. If aqiqah is not done on the seventh day, it can also be done afterwards, even by the child itself when it comes of age. One third of the sacrificial meat is distributed to the poor and indigent, one-third to the relatives, and the rest to the child's parents and near relations. The holy Prophet (SWT) instructed his followers to sactifice two rams or two goats for a boy and one for a girl
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Semalam... dah genap tiga bulan umur Camilia ku... pejam celik pejam celik dah tiga bulan... serasa baru je lagi aku melahirkannya... belum pun cukup seratus hari lagi... Doa mama moga Camilia akan terus membesar menjadi wanita solehah... hujung minggu ni.. nak buat aqiqah untuk Camilia ku... nak cukur jambul, tapi rambut pun macam tak de hehehe macam mana nak cukur ekkk...
Bonda... marilah sama-sama merestui Camilia ku... moga dia menjadi 'insan kamilah' dan mentaati ibu dan bapanya... aminnnn...
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Semalam... dah genap tiga bulan umur Camilia ku... pejam celik pejam celik dah tiga bulan... serasa baru je lagi aku melahirkannya... belum pun cukup seratus hari lagi... Doa mama moga Camilia akan terus membesar menjadi wanita solehah... hujung minggu ni.. nak buat aqiqah untuk Camilia ku... nak cukur jambul, tapi rambut pun macam tak de hehehe macam mana nak cukur ekkk...
Bonda... marilah sama-sama merestui Camilia ku... moga dia menjadi 'insan kamilah' dan mentaati ibu dan bapanya... aminnnn...
Thursday, November 23, 2006
Anak mama

'Camilia.... mama rindu....'
mmm macam ni la rupanya rasa bila dah ada anak sendiri ni... dulu bila dengar orang cakap, rasa macam ishhh ngengadanya orang ni... rupanya perasaan tu memang datang tanpa dipaksa.... kadang tuh... baru je sampai opis pagi, dah rindu pada dia... senyum dia... gelagat dia.... nak peluk dia... nak cium dia.... macam orang angau lak.. tapi itu la hakikatnya...
kadang rasa malas nak gi keje... bila time balik keje je cepat-cepat balik.. sebab tak sabar nak jumpa dia.. kat opis... letak gambar dalam frame.. rupanya teruk gak orang yang ada anak ni... tapi ye la... anak pertama... mungkin excited dia lebih... tapi tak setuju kalau anak pertama je macam tuh... sebab tak adil untuk anak yang lain... dah dikira pilih kasih la plak... namun mungkin istimewanya anak sulung ni... dia yang memula dapat kasih dan sayang ayahanda dan bonda... semua yang disediakan serba baru... aku pun anak sulung sama macam Camilia ku...
Bila dah jadi macam ni... dapat ku bayangkan bagaimana perasaan kengkawan yang terpaksa outstation beberapa hari meninggalkan anakanda kesayangan... macam bonda Soffeyya Afifi... namun kesabaran jua yang paling penting...
Camilia...
kau anugerah yang tak ternilai harganya... permata hati bonda... I love you.....
Wednesday, November 22, 2006
Bonda ku....

Untuk Mu Ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Kata orang "Patah Tumbuh Hilang Berganti"... tapi Ayahanda dan Bonda adalah satu-satunya harta yang tak dapat nak ditukar ganti... tiada satu pun di dunia ini yang boleh menggantikan tempat ayahanda dan bonda setelah mereka pergi meninggalkan kita buat selamanya....
Bonda...
Masih terbayang wajah sendu di saat pemergian mu menyahut panggilan Nya... setiap kali itulah pasti airmata akan menitis... tak sanggup ku melihat derita yang kau tanggung di akhir hayat mu... Bonda... tika ini aku masih tak dapat menerima yang kau telah tiada lagi di dunia ini.... aku masih memerlukan kasih dan sayang mu... aku masih mengharapkan nasihat dan panduan mu....
Bonda....
Kau pergi tanpa sempat melihat Camilia ku... Camilia ku hadir genap setahun pemergian mu... Namun bonda... jauh disudut hati ini... tertanam kasih dan rindu yang tidak bertepi pada mu bonda... mengharapkan hadir diri mu di sisi walau dalam mimpi.... Hanya iringan doa dan ayat-ayat suci untuk kebahagiaan mu di sana....
Bonda...
Anakanda menyayangi mu....
Tuesday, November 21, 2006
Hati Camilia

Mawar Putih....
Lambang kesucian, ketulusan dan keikhlasan sebuah hati.. Sering kali.. kita dengar orang kaitkan PUTIH.. dengan sesuatu yang baik... suci dan murni... Itulah antara sebab kenapa aku memilih warna ini... agar.. Camilia ku akan beroleh hati yang suci dan bersih... agar hati Camilia penuh keihklasan dan ketulusan....
Camilia...
Hadir mu ibarat kain yang putih... Akan ku cuba memalitkan warna-warna kesucian dan keindahan... Agar menjadi Solehah di dunia dan akhirat...
Monday, November 20, 2006
Camelia 2

Ebiet G. Ade
Camelia 2
Gugusan hari-hari
Indah bersamamu Camelia
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakku kesana
Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu Camelia
Tak peduli kau kuterjang
Biar pun harusku tembus padang ilalang
( korus )
Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Ingin kumaki mereka berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu... di hatimu...
Camelia 2
Gugusan hari-hari
Indah bersamamu Camelia
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakku kesana
Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu Camelia
Tak peduli kau kuterjang
Biar pun harusku tembus padang ilalang
( korus )
Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Ingin kumaki mereka berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu... di hatimu...
Subscribe to:
Posts (Atom)

